Dalam hidup kita, kadang2 banyak surprise kan
orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata
hilang kwn, hilang saudara
accident, pastuh patah riuk sana-sini
lumpuh tiba2
bencana alam
dan mcm2 lagi la kan
kadang2 tu, kita sendiri x menyangka yang kisah hidup kita ni
dah mcm kisah telenovela melayu
dalam 1 saat, semua boleh berubah 360degree
membuatkan kita terus terjatuh kadang2
sampai rasa mcm xleh bangun semula
pernah jadi mcm ni x korang?
setakat ni, aku belum hadapi ujian2 sedahsyat itu
mungkin ALLAH lebih mengetahui diri aku y lemah untuk menangkis sume tu
tapi, kuasa ALLAH yang menentukan
bila2 masa je Dia berhak uji aku
dengan nikmat dan bala
cuma, aku takut
andai tiba hari itu, hati aku rapuh...
bila nikmat ditarik balik oleh sang PenciptaNya
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
1. Kaya sebelum miskin
2. Lapang sebelum sempit
3. Muda sebelum tua
4. Sihat sebelum sakit
5. Hidup sebelum mati
Semoga Allah masih bukakan hati kita semua untuk menerima hidayah daripadaNya
aamiin
