::Di Sebalik Spektrum Warna dan Solat::
|
Subuh
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Asar
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
::Mukjizat Al-Quran::
Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ”
(Q.S Al Furqan:53)
sesungguhnya Al-Quran mmg xdpt disangkal oleh mana2 saintis terkemuka dunia sekalipn
masakan mampu melawan penciptaNya yang lebih arif tentang selok-belok segala ciptaanNya di alam semesta ini
artikel ni menarik perhatian sy utk lebih menghargai keajaiban yang ada dalam Kalamuallah
Keindahan dasar laut yang begitu menakjubkan juga mempunyai misteri disebalik kegelapannya..
Fenomena ganjil yang berlaku pada Mr Costeau mendorongnya untuk mengkaji penyebab terpisahnya air tawar dengan air masin di tengah-tengah lautan. Air itu tidak langsung dipengaruhi oleh rasa masin air laut yang mengelilinginya seolah-olah ada sesuatu yang membatasi sempadannya.. menakjubkan bukan?
Mari kita rujuk kembali ayat al Quran dimana Allah berfirman
“ Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus”
p/s Surah ar-rahman ayat 19-20 dan Surah al Furqan ayat 53
ayat di mana pertemuan dua lautan di mana terbitnya mutiara dan marjan ini menguatkan lagi bahawa dua lautan yang bertemu sesungguhnya berada di tengah-tengah lautan dan bukannya antara sungai dan laut..
sesetengah pengkaji menemukan penemuan menarik yang mengatakan lapisan yang kelihatan seperti sungai itu sebenarnya adalah lapisan Hyrogen sulphide, yang kelihatan seperti sungai di dasar laut.. SubhanaAllah
Lokasinya di Cenote Angelita, Mexico…. Penyelam yang bernama Mr Costeau juga telah memeluk Islam setelah menyaksikan sendiri keajaiban ciptaan Ilahi.. alhamdulillah
::gajah oh gajah::
alhamdulillah
semalam, dpt g jln2 sambil melihat keindahan ciptaan Ilahi
1st time tgk gajah depan mata
mmg menakjubkan..
haha
besar betul gajah ni kan
anak dia pn dah 60 kg..
kitorang tgk gajah kat Bukit Ketiar, dekat2 area Tasik Kenyir
under Jabatan Perhilitan Hidupan Liar
ada 3 ekor kat pusat tu
y besar Suria(12 tahun), Seri(4 tahun) ngan Talong (1 1/2 tahun)
Talong ni waktu mula2 dijumpai oleh renjer dia masih lagi menunggu bangkai ibunya
sedih kan?
binatang pn ada kasih sayang
manusia...
senang2 je sepak mak ayah sekarang
lg teruk dari binatang
lepas tgk2 gajah ngan viaduct kat situ..
kitorang pn bergerak menuju ke destinasi seterusnya
bergambar bersama Suria.. sape lagi besar?? |
:Tasik Kenyir:
hihi
tasik kenyir ni seperti y diketahui dlm pembelajaran Geografi dl
merupakan tasik buatan manusia
kat tasik kenyir tu la kitorang menyambung sesi fotografi
ala2 nature gitu
x kurang y ber'posing' sakan
sekali-sekala apa salahnya kan
hehehe
tp mata ni memang x letih melihat kehijauan semulajadi kat situ
memang... subhanaAllah
semoga lawatan kali ni memberi manfaat kpd diriku dan peserta y lain
thanks Kak Irah sbb ajak sy pergi
memang seronok sangat
dan memang xkan saya lupakan smpai bila2
view Tasik Kenyir dari lensa kamera hp ku.. cantik kn | |
Subscribe to:
Posts (Atom)