-->

bila perasaan berubah menjadi sebaliknya

Views
Islam mengajar kita erti sederhana..
mksdnya, jgn terlalu menyayangi sesuatu atau terlalu membenci sesuatu..
selalunya perasaan tu akan berbolak-balik...[based on own experiences]
bila da sampai tahap fanatik, automatically pandangan mata hati kita akan dikaburi dengan kebaikan.. langsung tiada cacat celanya..
akan sampai satu tahap kita sendiri letih dengan ketaksuban mengejar sesuatu..
dan mulalah terdetik di hati kecil
'kenapalah jadi macam ni??'.. 'kalaulah aku x mulakan dulu......' dan banyak lagilah persoalan yang akan timbul.. sory, jwpn xde dlm skema.. tepuk dada tanyalah selera.. cukuplah sekadar bersederhana dalam meletakkan keinginan anda terhadap sesuatu...
the end..
sory kalu ada yang x phm.. personal thought only..

hujan oh hujan

Views
My lovely mom and najmi
hujan oh hujan..(gaya mcm katak kempunan nak jumpa hujan lak)
dlm sejuk2 ni.. seronok btol berselubung di bawah selimut dan katil yang x bape nak empuk.. kira ok la dr tdo atas lantai dan sewaktu dengannya..
bila hujan je teringat kat umah..
kalu kat umah saat2 mcm nih tok yah akan goreng pisang (kalu ada pisang la)..
xpn wat 'cucuq cekodok'..

walaupun cekodok je (bkn kodok ek).. nikmatnya terasa hingga menjilat jari dan pinggan [hiperbola sgt la yayah]
siap berebut agi ngan adik-beradik.. x malu btol la akak sorg ni kan.. harap je dh besar.. perangai cm bdk2
tapi.. mmg betul pn sedap..
x caya cuba buat tyme hujan2 gini pekena kuih ngan air teh or kopi..
kalu xde sgt, air masak suam pn jd la..

pastuh duk dpn pintu ala-ala tunggu orang msk meminang.. tgk titik2 hujan yang turun..

perasaan waktu tu tenang sangat.. tgk pokok yang baru 'disirami' hujan rahmat kurniaan Ilahi..segar dan sejuk mata memandang[ badan pn sejuk gak, so pakailah sweater ea tyme hujan]
aduhai..

subhanallah..
time tu juga aku suka mengelamun terkenang kisah dolu-dolu...
saja je nak imbas balik suka-duka aku hidup atas dunia ni kan..
bkn mengelamun pasal mende len taw..
dh2, melalut lak..

tp tuh la hujan..
yang memberi kita ketenangan..
dan kadangkala juga menyebabkan keresahan [bila ribut, kilat, petir dan sebagainya]
sama mcm hidup kita kan..lengkap dengan segala-galanya
Allah Maha Bijaksana..
Subhanallah~

p/s: jangan lupa berzikir bila tgk sesuatu keajaiban Allah
nanti dpt pahala smbil cuci mata..
^_^
ni la Tok Yah yang selalu masak sedap2 utk famili..sayang Tok sampai bila2

EwwW...

Views
best gak tgk personal opinion dr perspektif mamat ni.. layan~

......Yongseo love........

Views
selama setahun lbih aku layan Yongseo couple.. akhirnya diorg 'divorce' gak dlm WGM..
nak wat cmne.. bknnye couple btol pn.. just utk show.. aku pn terpaksa lepaskan diorg walaupun hati x bape nak rela..
kalau orang ckp aku korean maniac.. aku x setuju..
huhu..
sbb aku gila layan Yongseo je.. lagu2 korea pn aku dah kurang layan skrg nih..
maybe ada kebaikan di sebalik perpisahan or departure diorg dr WGM..
at least lps nih aku leh lbih fokus dlm study..
(think positive).. hihi
mmg ad gak rasa sedih di hati bila pikir dh x excited setiap sabtu nk bukak Yongseo pages..
aku nekad dh xnk layan WGM dh pas diorg abes..
bkn sbb aku bias or what.. cuma cukup2 la aku buang masa
masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam hidup..
aku hampir lupa aku mempunyai tanggungjawab yang sgt besar sebagai hamba Allah, anak harapan keluarga..
dan tanggungjawab lain..
aku nak ucap thanks personally to Yonghwa and Seohyun yang buat aku rasa mcm xnk bercinta di dunia realiti..
mksd aku.. layan diorang pn aku dh rasa mcm aku bercinta ngan diorang.. hihi

Yongseo.. saranghae.. yonwonhi.... (luv forever).... <3

berakhir sudah penderitaan

Views
alhamdulillah
akhirnya settle gak test 2 yang menyesakkan jiwa dan raga minggu ni
lega sket even though result blm tentu ok..
rasa mcm nk enjoy kejap arinih
nk wat pe ek?? on9?? donlod??
mcm best gak
leh gak update cte2 best kat entri ni.. huhu
hurm.. pasal test td
rasa mcm nk nangis pn ada.. tp aku taw xde mknenye menyesal..
cuba jd lebih baik..
at least ko pnh cuba.. dan terus mencuba..
huhu...

sikap wanita yang disenangi lelaki

Views
Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya aku menjenguk juga iluvislam yang dh lme dibiar sepi.. tertarik dengan artikel2 hari ni.. aku nk share some good articles from iluvislam..


Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.


Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."


(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)


01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.


02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.


03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.


05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?


06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.


08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.


- credits to: Artikel iluvislam.com
Views

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Berbakti Pada Tanah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Views
Berbakti Pada Tanah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

tenanglah wahai hati..

Views
wahai hati yang gundah-gulana
tenanglah kamu..
jangan terlalu ikutkan hati
jangan terlalu mengikut perasaan
Ingat Allah.. ingat pengorbanan ibu ayah
muhasabah diri jalan yang terbaik
banyakkan membaca Kalamullah..
insyaAllah....
hatimu akan sembuh...
di kesempatan ini aku nak mohon maaf kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan diriku..
orang kata kalau hati x tenang
rujuk balik hubungan kita dengan Allah, manusia..
mungkin aku sendiri x menyedari kesilapan terhadap kalian..
setulus hati aku memohon maaf...
T_T


minggu test berderet..

Views
3 test dlm seminggu..
agak parah bila dipikir2..
tp ni la akibatnya nak tangguh sgt test plant physio..
at least ad la masa utk perbaiki diri kn...
huhu.. sedapkan ati jap..
sok ad test plant protection...
pg khamis lak test plant physio..
rasa nak nangis pn ada sekarang nih..
sakitnya kepala memikirkan macam mana nk jawab soklan2 test tuh nanti..
moga2 Allah permudahkan segala-galanya...
buat teman2 sekelas.. gudluck ea..
best of luck..
Gambate kudasai!!!!!! Fighting!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Early Enrollment SEAT SALE - Ends Tomorrow!