-->

Bakal merindui blogging~

Views
gaya macam nak delete blog je kan?
xla.. 
aku dh nk balik kampung
CUTI SEM BERMULA!
best2

ok, from now on
maybe aku akan jarang blogwalking
blogging 
dan sume mende yang ada kaitan ngan internet surfing ni
sebab umah aku memang xde internet
kuno?
xla, bese je
nanti insyaALLAH, kalau berkesempatan
aku akan ziarah blog sahabat2 y lain
Take care sume
Wassalam 
Sayang korang *ikhlas


Apa yang bestnye 'blogwalking'??

Views

Tetiba rasa macam nak kongsi apa yang aku dapat time blogwalking






1. Ilmu dan tips2 berguna
nih la tujuan utama aku blogwalking.. seronok baca blog yang penuh informasi, fakta2 menarik, gambar2 pelik y x pernah lihat
dan sebenarnya kagum dengan effort tuan punya blog 
untuk sampaikan entri y super duper best mcm ni
Thumbs up!




2. Lagu baru




ehehe.. selalunya orang x suka blog2 yang sarat dengan 'gadget' pelbagai ni
tapi bagi aku yang gila dengar music nih
kengkadang tercari-cari gak lagu baru
well, xkan sepanjang masa nk dengar lagu kpop je kan
sekali-sekala nak gak dengar lagu omputih or lagu melayu
macam previous entry aku ada masukkan lirik2 lagu yang aku rasa best
tu sume sebab blogwalking la
kalau lagu tuh best, aku akan layan lagu tuh..
peminat music mcm aku nih memang...

suka je XD




ahaha

3. Bosan dengan Facebook
Already??

X baik menipu!

ahaha
bukan2..
ok2, aku ngaku since aktif berblogging and berblogwalking ni aku dah jarang on9 fb
senanye kampus aku dh block FB access, tu la pasal



kekeke
xla... sebab aku suka tgk penulisan sahabat2 blogger lain yang bagi aku, aku rasa mcm aku mengenali karakter si penulis dengan membaca mesej yang disampaikan melalui sesuatu entri
ada yang menyatakan perasaan xpuas hati, pahit manis kehidupan sehari-hari
tapi dengan cara yang lebih dinamik berbanding dengan post status kat fb


4. Leave comments
ahaha..
ni hobi aku since blogwalking kat blog2 orang
bukanlah niat di hati aku nak tambahkan followers dengan cara ni





cuma bagi aku la kan, bila entri tuh menarik..
aku xkan teragak2 berkongsi pendapat aku tentang entri si dia
ehem, ehem
so, kpd sesape yang aku slalu komen2 kat blog dia
aku minta ampun dan maaf sebab selalu sgt menyemak kat blog korang






hukhuk
tuh je cara aku nk appreciate entri korang yang best..

rasanya tu jela kot 
maybe ada byk lagi kelebihan ber'blogwalking'
yang x tercapai dek akal
x terluah dek kata2
cumanya
pesanan ikhlas buat sahabat2 blogger sekalian
teruskan berkarya
insyaALLAH, saya sentiasa menyokong anda

Happy to be a part of blogger
Hope u'll find some excitement in blogging someday

Take care sume...
wassalam








                          Dari pena penulis, 
Dear Yayah


Makanan Kegemaran Rasulullah SAW#

Views







Ok hari nih aku nak berkongsi sedikit ilmu tentang makanan kekasih seluruh umat ISLAM....

Kira kalau kita makan niat ikut sunnah Rasulullah, still dapat pahala gak kan?

dah la badan sihat, pahala pun dpt, syafaat baginda pun dapat gak.. bonus 3X.. huhu

Jom kita tinjau sama-sama ye.. jangan lupa amalkan sekali ^^ *winkwink
  1. Barli
  • Khasiat: merendahkan kolesterol dlm darah, antioksida semulajadi (leh awet muda ni), mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung, kaya dengan vit B dan kromium(kromium boleh membantu penyejatan glukosa dalam darah, sesuai la utk pesakit diabetes)
Kurma
  • Khasiat: menguatkan daya ingatan (sesuai la utk student y masih belajar), mencegah barah, meredakan tekanan darah tinggi dll.
   Buah Tin
  • Khasiat: mempercepatkan pertumbuhan gigi, terhindar dari keracunan, menghilangkan penyakit buasir
Anggur
  • Khasiat: kandungan vit C yang tinggi, vit A, B1 dan B2, kandungan kalori yang rendah
   Madu
  • Khasiat: meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, mencerdaskan minda, menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Note : ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Elok diminum pagi dengan air suam
  • Jangan diambil bersama tembikai, dikhuatiri keracunan
  Tembikai
  • Khasiat: menghapuskan toksik dalam badan, memulihkan sistem badan yang lemah, membantu melancarkan peredaran darah.
  • Note: Rasullulah SAW juga pernah berkata wanita mengandung yang memakan buah tembikai ketika hamil, insyaALLAH anak yang bakal dilahirkan baik dari segi karakter mahupun perawakannya
Susu
  • Khasiat: Terkenal dengan kandungan kalsium yang tinggi, mengurangkan risiko penyakit osteoporosis, dll
  • Note: mengurangkan lupa, memperbaharui pandangan mata
Cendawan
  • Khasiat: mengurangkan kandungan gula dalam darah, menambah insulin dalam darah (hati-hati, ada je cendawan yang beracun)
  • Note: baik utk mata dan perancang keluarga
Minyak Zaitun
  • Khasiat: merupakan sejenis antioksida yang diperlukan utk memerangi LDL (Low density-lipoprotein) kolesterol jahat yang menyumbat arteri jantung (juga penyebab utama serangan  jantung)
  • Note: juga digunakan utk kecantikan spt rawatan kulit dan rambut
 Delima
  • Khasiat: mengurangkan lemak badan, menguatkan usus
  • Note: membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari 
  Cuka
  • Khasiat: mengubati penyakit kuning, membersihkan perut, mencegah penyakit bengkak
  • Note: Rasulullah SAW selalu meminum cuka dengan minyak zaitun (trend di restoran Itali)
Air
  • Note : Seelok-eloknya air yang suam, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk...
Dalam senarai ni, ada beberapa jenis buah dari syurga yang diturunkan oleh ALLAH ke muka bumi ini..

1. Kurma

2. Buah tin dan zaitun

3. Delima

Ada sebab kenapa ALLAH turunkan buah2 ni dari syurga kan... so, makan jangan x makan ^^

p/s: Jangan lupa baca Bismillah taw

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Early Enrollment SEAT SALE - Ends Tomorrow!