actually nak berkongsi sedikit tazkirah.. almaklumla.. bulan2 puasa ni la baru nak jejak kaki ke surau..
tazkirah ni saya kongsikan sekadar berbasa-basi penggunaan ayatnya.. harap sesiapa yang membacanya dapat memahami mesej yang saya ingin sampaikan..
kisah ini berlaku di zaman Rasulullah s.aw.
Rasulullah s.a.w menziarahi keluarga seorang sahabat baginda yang telah wafat
ditanya kepada isteri sahabat tersebut, adakah persoalan yang timbul di hati si isteri ketika si suami hampir menghembuskan nafas terakhir...
persoalan yang bermain di hati si isteri itu kemudiannya diajukan kepada baginda
ketika arwah sudah nazak, dia mengucapkan
alangkah bagusnya kalau ianya lebih jauh...
alangkah bagusnya kalau ianya baru..
seperti mana yang kita ketahui, apabila kematian menghampiri, Allah akan bukakan hijab menunjukkan segala amalan yang telah kita lakukan di atas muka bumi ini.......
Rasulullah kemudiannya menerangkan apakah percakapan yang tidak terungkap dek sahabat baginda itu....
1. ketika itu, sahabat telah menolong seorang tua yang sudah uzur yang ingin ke masjid untuk menunaikan ibadah, namun, orang tua itu sudah hampir sampai ke masjid...
andai perjalanan orang tua itu ke masjid masih jauh, tentulah pahala yang dia dapat lebih banyak
2. sahabat ingin ke masjid.. dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang tua yang menggigil kesejukan.. kebetulan, dia membawa 2 baju sejuk.. yang baru dan juga yang lama... lalu, diberikan yang lama kepada si tua dan dia memakai yang baru... boleh bayangkan kalau dia memberikan barang yang disayangi kepada orang tua itu? barangkali bertambah2 pahalanya :)
3. ketika dia tengah lapar dan ingin makan, ketika itu juga datang sorang musafir meminta sedikit makanan... lalu, diberikan sekeping roti dan sebahagian daripada makanannya kepada musafir itu..
jadi, kawan2..
sekiranya dia mengetahui ganjaran mana yang lebih besar, sudah tentu dia tidak melepaskan peluang untuk mengejar pahala yang berlipat ganda daripada Allah...
di bulan puasa ni, banyak2kan la bersedekah ea... kita mungkin tak nampak lagi ganjaran tu... tapi once dh nampak.. mesti kita nak pahala yang besar bukan?? ^^
marilah kita sama2 renung kembali amalan2 yang telah kita lakukan.. tingkatkan ibadah sama nak? InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment