-->

Pinjaman

Views



Alhamdulillah, mood 'story-telling' aku dah segar bugar bak bunga rafflesia hari ni
Tajuk entri kali ni bukanlah berkaitan dengan PTPTN
mentang2 la 'pinjaman', sume nak ingat PTPTN kan

ini situasi 'sempoi' yang ingin aku sampaikan

si Ali kehilangan isteri yang sangat dicintainya... 
yela, sape x sayang bini kan
dia berkurung dan meratapi kematian isterinya di dalam rumahnya
disebabkan terlalu sedih dengan pemergian isteri tercinta

nak dijadikan cerita, datanglah mak cik Enon ni ke rumah Ali
dia menanyakan si Ali ni tentang satu situasi


'Ali, kalau mak cik pinjam barang orang lain, mak cik kena pulangkan kepada pemiliknya kan?' Tanya mak cik Enon kepada Ali.

 "Yela mak cik, mana boleh buat harta sendiri.. Kan pinjam je namanya tuh, kenala pulangkan", Ali membalas dengan nada tanpa riak.


Then, mak cik dia bertanya lagi x puas hati.. hehehehe
"tapi mak cik dah lama pinjam daripada insan tu, macam mana mak cik nak pulangkan barang tu?"

Jawab si Ali, kena la pulangkan barang itu dengan gembira sebab pemiliknya dengan baik hatinya dah bagi pinjam kat mak cik dalam tempoh yang lama.....

pastuh, si Ali ni tersedar dari lamunan
kenapa dia perlu meratapi kematian isterinya 
sedangkan hidup ini hanya pinjaman daripada Allah SWT


Allah telah meminjamkannya sesuatu yang berharga, dan bila Dia  berharap untuk memilikinya semula
Dia berhak ke atas sesuatu itu
kerana memang sudah milikNya yang hakiki




Setiap detik, saat dan ketika
kita patut bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan Allah SWT :)


p/s: Sorry, I'm not a good story-teller 
tapi, x salah kan kalu berkongsi ilmu :)



8 comments:

  1. Nice entry,sy pernah baca kisah ni dkt buku cite kisah tauladan :D

    ReplyDelete
  2. menarik. ilmu yang baik memang patut dikongsi bersama :)

    ReplyDelete
  3. walaupun sedih,redha je la,semua hanya pinjaman..sedih pulak rasa..:(

    ReplyDelete
  4. bagus la awak share2 mcm ni

    ReplyDelete
  5. er..first bace td x perasan lagi pengajaran dr dialog ngn makcik tu..mybe sebab sambil dgr lagu..bile bace balek..eh betul la! nice sangat cara makcik tu smpaikan nasihat..good3 ^_^

    ReplyDelete
  6. hmm betul2.. sepatutnya redha dengan ketentuan-NYA . setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  7. analogi yang baik. memberi kesedaran secara berhikmah :)

    ReplyDelete
  8. wah, ini betul2 penulisan tuan belog ke? bukan copy and paste semata2? kagum sat rasa..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Early Enrollment SEAT SALE - Ends Tomorrow!