setelah berhempas-pulas menghadap laptop sampai naik kelabu biji mata nih.. alhamdulillah, akhirnya siap juga assignment yang bagi aku bukanlah power sgt (sbb buat last minute_kuciwa en hailmi kalu taw ni)... tp at least aku berpuas hati gak la dengan apa yang aku buat tu.. even.... phm2 jela
setelah meneliti beberapa penyakit durian belanda dan kailan.. aku tengok kebanyakan pokok terutamanya pokok yang berbuah mengalami penyakit tanaman yang sama.. Anthracnose.. jgn sangka Anthracnose hanya pada cili ea.. :D
ni aku selitkan serba sedikit tentang penyakit durian belanda yang sempat aku senaraikan dalam assignment. sory la kalu x bape nk lengkap tuh ek.. n credits to those blogger y aku ter'ciplak' gambar dia.. terpaksa... huhu
may Allah bless u all..
enjoy your day k..
Buah-buahan
JenisTanaman : Durian Belanda
Scientific Name : Annona muricata L.
Kingdom : Plantae
Kelas : Dicotyledoneae
Order : Magnoliales/ Ranales
Scientific Name : Annona muricata L.
Kingdom : Plantae
Kelas : Dicotyledoneae
Order : Magnoliales/ Ranales
Family : Annonaceae
Genus : Annona
Penyakit 1
gambar ni diambil oleh sepupu kat umah.. tq2 |
JenisPenyakit : Anthracnose/Antraknos/ Penyakit busuk buah
Pathogen penyebab : Colletotrichum sp
Pathogen penyebab : Colletotrichum sp
Jenis pathogen : Kulat/Fungi
Bahagian dijangkiti : Daun/buah
Simptom/tanda awal :
Penyakit Antraknos biasanya menyerang tanaman apabila kawasan sekitarnya lembap. Penyakit ini sangat berbahaya terhadap tanaman durian belanda yang ditanam di kawasan yang bersuhu sejuk dan lembap. Ianya biasanya menyerang pokok apabila pokok masih lagi dalam proses tumbesaran. Simptom-simptomnya boleh dilihat jelas kelihatan di bahagian daun atau buah yang sudah masak. Pada mulanya, antraknos ini secara umumnya kelihatan seperti tompokan kuning, perang dan kadangkala berbintik hitam pada daunnya. Bintik-bintik akibat serangan ini boleh tersebar dan berjangkit menyebabkan keseluruhan daun rosak. Warna kawasan yang diserang juga akan mula menampakkan kesan hitam setelah sekian lama. Penyakit ini juga boleh mengakibatkan kanker pada batang daun yang kemudiannya menyebabkan kerosakan teruk pada daun. Selain itu, daun-daun juga akan gugur serta buah dan akar akan menjadi busuk dan reput. Buah yang terkena serangan antraknos ini akan menunjukkan pertumbuhan buah yang agak kecil berbanding buah yang sihat. Tambahan lagi, buah juga akan seakan-akan kecut, berair dan bintik-bintik hitam akan mula membesar sehingga 1.2 cm diameter. Jika dibiarkan, bahagian tengah bintik hitam itu akan berwarna hitam pekat dan mengeluarkan spora berwarna merah jambu yang bergelatin.
Cara Kawalan :
Penyakit ini boleh diatasi dengan menyemburkan racun kulat Dithane M-45 0.2% atau Benlate 0.2%. Larutan racun kulat itu disembur pada batang tanaman yang diserang.
Penyakit ini boleh diatasi dengan menyemburkan racun kulat Dithane M-45 0.2% atau Benlate 0.2%. Larutan racun kulat itu disembur pada batang tanaman yang diserang.
Penyakit 2
JenisPenyakit : Penyakit merah jambu (Pink disease)
Pathogen penyebab :
Pathogen penyebab :
Jenis pathogen : Fungi/Kulat
Bahagian dijangkiti : Batang/Dahan pokok
Simptom/tanda awal :
Simptom/tanda awal :
Bahagian batang atau dahan pokok akan mengeluarkan sejenis getah yang diliputi mycelia yang berwarna merah jambu. Kesan warna merah jambu ini boleh dilihat dengan jelas sepanjang musim hujan. Apabila berada dalam keadaan yang kering atau kekurangan air, mycelia akan bertindak menukar warnanya kepada warna putih atau kelabu. Keadaan ini akan berterusan dan menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan bahagian pucuk pokok mati.
Cara Kawalan :
Penyakit ini boleh diatasi pada peringkat awal dengan cara menyapu asid karbolik atau pembunuh kuman 10-20% pada bahagian buah yang terkena penyakit. Semburan racun kulat Benlate 0.1-0.3% juga boleh membantu menghapuskan kehadiran kulat tersebut.Cara Kawalan :
No comments:
Post a Comment