-->

kayu manis...(Cinnamomun verum) sweet wood...

Views
Kayu manis (Cinnamomun verum) mempunyai khasiat tersendiri dan diguna sejak zaman dahulu sebagai minuman kesihatan untuk mengubati penyakit seperti dispepsia (masalah bekaitan sistem penghadaman), gastritis, pengaliran darah dan penyakit keradangan.

Ianya juga boleh melancarkan pengaliran darah, melancarkan sistem penghadaman dan boleh mengubati selesema. Caranya: bancuh susu yang dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis dikatakan berkesan meredakan penyakit ini.

Kayu manis juga mempunyai sifat antiflamasi, antimutagenik, antikarsinogenik, dan antitumor. Ianya berkesan sebagai kemopreventif.

Kajian terkini membuktikan ekstrak kayu manis dapat mengurangkan paras glukos dalam darah, trigliserid, dan paras kolesterol pesakit diabetes kelas II. Ini kerana ekstraknya yang menyerupai fungsi insulin dapat meningkatkan fungsi reseptor insulin. Sudah tentunya ianya berita baik buat pesakit yang mengidap penyakit kencing manis. :D

Namun, kayu manis tidak boleh berinteraksi dengan warfarin di mana ianya akan menyebabkan darah menjadi pekat dan kemungkinan boleh menyebabkan strok..

Note:
Warfarin bertindak sebagai pencegah darah beku dengan menghalang fungsi vitamin K di dalam badan.
ada rupa macam coklat x????

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Early Enrollment SEAT SALE - Ends Tomorrow!