-->

Contest Senyuman Paling Menawan :)

Views

Saje je nak menggatal letak muka sememeh dalam tuh

Syok sendiri je

Sape2 nak join contest tuh
Detail ada kat sini
Klik jangan x klik
Semua orang punya senyuman yang menawan
:)

Percayalah


Kalau ada yang baik hati nak 'like' gambar aku, sila la
Xde rewards, hanya ALLAH mampu membalasnya
X paksa
*Tetiba malu sendiri lak =.=

freebies from Apit si blogger


p/s: Aku dah gila gamaknya duk berblogwalking tapi nota study x abes khatam agi.. adeh

Panas dan Hujan

Views
Bila hujan, selalu korang terkenang lagu apa?

Aku suka lagu kanak-kanak ni
:

:


Waktu pagi aku merenung
nun ke timur pemandangan mataku
Awan angkasa kulihat di gunung
menyebabkan gembira perasaan hatiku


Kabus beredar awan pun hilang 
Gunung kupandang nyata berseri
mengapa oh sinaran yang gemilang
menyebabkan aku lalaikan diri

Kupandang matahari semarak naiknya
Kufikir panasnya sampai ke petang
Khayal lah diriku oleh nikmat-Nya
Ketika itu hujan pun datang


Tak kusangka tak kuerti
di dalam panas mengandungi awan
hawa nafsu yang kuturuti
Fikiran nikmat rupanya rawan

ni lagu koir time aku masuk Pertandingan Koir
Asrama Negeri Perlis
2002 in memories
-cepatnya masa berlalu-




gambar-gambar nih di'cilok' dari Google je
tapi dah edit sket2
nak kasi dramatik 
^^
have a nice day






GambarTersembunyi#

Views

Korang leh detect x ada unsur2 'camouflage' di situ?

Gambar ini langsung tidak pernah diedit

dirakamkan sebagai gambar terbaik pernah aku capture(guna kamera handphone cikai aku tuh)

CAMOUFLAGE
-method of concealment that allows and otherwise visible animals, military vehicle, or other object by blending with its environment to remain unnoticed
dalam bahasa melayu nye juga membawa maksud
PENYAMARAN
hehehe

ha, menarik kan?
mula-mula tgk memang xkan perasan

eh, dah jumpa blom mana si 'penyamar' tuh?
:
:
:
:
:
:
:
Ni ha




Segmen-5 Blog paling diminati 2011

Views





1# Life's Answer



1st choice doesn't mean the famous blogs ever rite...
aku suka blog ni sebab sempoi, nice photo editing.. and a part of it
aku sangat2 suka gambar nature# (lebih kurangla minat kitorang suka photography) hee

2# Ain Zulaikha



doodles dia memang mencuit hati
cute lak tuh XD
buat aku tersenyum je baca..
teringin nak melukis tapi x hebat mcm dia
sbb aku memang xpandai melukis
so, envy xelok, baik usha blog dia pn jadi la :)

3# Ben Ashaari



Blog dia memang dah sedia maklum antara yang terbaik
aku pun tanpa segan-silu mengaku yang aku tertarik dengan mesej yang disampaikan
berinformasi, dan up-to-date
kena dengan isu-isu semasa
eceh, macam pemberita lak aku ni.. Haha

4# Lyssa Faizureen


Lyssa banyak sangat tutorial mencantikkan blog
aku terhutang budi dengan dia
Haha
disebabkan tutorial-tutorial dan tips 'terbaik' yang dia kasi
aku pun suka hati nak blogwalking kat blog dia
XD


5# Nescafe Milo



sesuai dengan slogan (slogan ke tuh) blog dia
bukan sekadar omongan kosong
anak muda ni santai dalam memberikan pandangan 
tapi penuh dengan tazkirah dan nasihat sebenarnya
macam si ustaz bercerita ^^

done with the 5 favourite blog list
now, I tag

Naqibah
Afiq Yassin
Farez Shah

have a nice day #blogwalking

Be What You Want to Be#

Views
Thanks to Azizi GG
I got this beautiful song about being a dreamer ^^
# Blogwalking mode hyper
enjoy!

do click the pic ^^





Art of Nature#2

Views
Gambar-gambar ni bukanlah hakcipta terpelihara..
kalu nak, amek je
except gambo eden tuh ha..
y len sila2 la
bunga raya selepas hujan...

at taman pertanian sekayu










Hehe.. I'm a part of nature what ^^-Gunung Lambak, Johor



P/s: Klik pada gmbar utk imej yang lebih jelas ^^
Take care sume, have a nice day

HukUm HudUd pn nak dipertikaikan lagi??

Views

Pada mulanya, aku terketar gak tangan nak menaip entri yang mcm ni
bukan apa, belum cukup ilmu nak berbicara tentang hal-hal sebegini
tapi aku rasa mcm nk jugak luahkan apa yang aku rasa selepas tgk vid 'SEMBANG RAKYAT'



Hoho...
pergolakan politik MALAYSIA bagi aku perkara biasa pada mulanya
tapi, yang meyebabkan aku naik darah bilamana
orang Islam sendiri sanggup jadi 'anjing' hamba politik yang hanya menurut perintah daripada tuannya
dan mempersendakan hukum ALLAH
bukanlah maksudku mengatakan mereka anjing 
tidak sama sekali
ini hanya perumpamaan


HUDUD
apa itu hudud?
paling tak tahu sgt pn, mesti kita leh kaitkan dengan potong tangan
atas sebab mencuri
HUDUD nih sebenarnya bukanlah mainan politik
Ia adalah hukum ALLAH yang termaktub sejak zaman Rasulullah SAW lagi
aku tak pasti la pulak kalau2 ada juga orang yang cetek sangat akal
yang hanya fikir kalau mencuri je, potong tangan
abes, kalau budak2 curi aiskrim pn nk kena potong tangan??
camtuh?
ada syarat-syarat pelaksanaannya

Wahai sahabat sekalian
.
.
.

ISLAM tuh indah
ALLAH yang menciptakan kita
Dia je yang tahu apa yang terbaik utk hamba2-Nya
ada sebab kenapa hukum zina bagi pasangan zina yang belum berkahwin disebat
ada sebab ALLAH jatuhkan hukum potong tangan ke atas pencuri

sedangkan di jalanraya pun ada peraturan dan ketetapan yang perlu kita patuhi
supaya perjalanan kita lebih selamat
samalah hukum yang ALLAH sediakan buat hambaNya supaya menjalani kehidupan yang lebih harmoni dan terpelihara

aku tertarik dengan sebuah blog yang mengaitkan kaki yang dipotong disebabkan penyakit diabetes
kenapa Doktor menyarankan agar kaki pesakit dipotong?
supaya bahagian lain tidak terjejas sama
begitu juga senario yang berlaku hari ni
kes ragut, siap bunuh lagi toksah cakap la
bukan setakat berleluasa
dh mcm jd trend plak, lepas merompak, membunuh
MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DRPD MERAWAT
slogan Aedes
Kan dh ckp, hukum ALLAH je yang mampu menidakkan keinginan manusia untuk mencuri
and FYI, potong tangan tuh bukanlah sekali mencuri, potong kedua-duanya
cuba kaji balik apa yang Islam sarankan dalam penentuan pencuri itu patut dipotong tangannya atau pelaksanaannya
barulah betul

yang pasal zina pulak
cuba baca petikan ni:
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan
masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4
Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah
 sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan
fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti
 didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan
sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah
dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan
sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut
boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV
AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4
mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang
menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi
tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan
daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi
mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang
menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Dalam Islam, ada larangan mempersendakan agama
silap-silap boleh jatuh kafir taw
melainkan kalau memang ISLAM pada nama mungkin la kot x kesah nak mempermainkan hukum ALLAH ni kan
lain kali, kalu ye pn nak wat vid, buat vid cmni
ada pengisian dan ilmu tentang hukum Islam dan pelaksanaannya





xpaham dengan motif orang yang buat vid sembang rakyat tu
nak kata susah sangat mencari ilmu
Internet di hujung jari
masjid di sana-sini
Ulama menanti-nanti
hanya yang menentukan diri sendiri untuk mencari
secebis kebenaran yang hakiki...

Sabar dan Mengeluh#

Views





Pada zaman dahulu, ada seorang hamba ALLAH pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Ketika sedang bertawaf, tiba-tiba dia terlihat seorang wanita yang kelihatan berseri dan bersinar wajahnya.
Terlintas di hatinya, "Demi ALLAH, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain sebabnya pasti kerana tidak pernah bersedih hati dan risau".

Wanita yang mendengarkan ucapannya itu lalu bertanya, " Apakah yang menyebabkan engkau berkata begitu wahai saudaraku? Demi ALLAH, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini".

Hamba itu bertanya lagi, " Apakah hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada hari suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan aku mempunyai 2 orang anak yang sudah mampu bermain dan yang seorang lagi menyusu, ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
" Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?".
Jawab si adik, "Baiklah kalau begitu?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana pula, dia telah dimakan oleh serigala.

Ayahnya yang berusaha mencari anaknya mati kehausan, dan ketika aku letakkan bayiku untuk mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk yang panas itu lalu tumpahlah air panas itu terkena ke badannya sehingga habis melecur kulit badannya. Berita ini didengari oleh anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka jatuh pengsanlah dia mendengarkan perkhabaran itu hingga sampai ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu bertanya lagi hamba ALLAH tersebut, "Bagaimanakah kesabaranmu dalam menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan di antaranya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itulah yang terbaik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari...
adakah kita lebih banyak mengeluh daripada bersabar dengan segala yang terjadi
Mungkin kita lebih banyak mengeluh memikirkan musibah tanpa menyedari terlalu banyak nikmat yang ALLAH beri tanpa kita syukuri...
setiap perjalanan hidup takkan sepi dari onak dan duri..
bersabarlah dengan ketentuan Ilahi
Fikirkan kesusahan orang yang lebih teruk daripada kita..
dan syukurilah rahmat Ilahi kerana dengan ujian ALLAH lah, menyentuh kalbu kita untuk mendekatiNya..
Ingatlah insan yang diuji, ALLAH masih menyintaimu.....



Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.".


Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang bersabar...... Selamat beramal ^^

Final Exam!

Views
aku dah nak exam... uwaaaa
X suka
sem ni la paling serabut, paling tension
sume y paling2 dhsyat 
sem 5 nih la
@!#$@%%
haha
Xdela..
aku memain jela
serabut x serabut tuh
depends kat time management individu gak
dah kalu asyik last minute je
serabut tuh mmg x leh elak la

ok la,
aku nak kongsi jadual final exam aku
Sape yang rasa baik hati nak doakan y terbaik utk aku
sila2
mungkin aku xdpt membalasnya
tapi ALLAH ada
:)
Good luck to all

DATE
SUBJECT
TOPICS
VENUE
TIME
2.1.2012
AXS 4133
Agricultural Extension
1-14
OTH 03
8.30-10.30 AM
3.1.2012
UIU 3012
Akidah dan Akhlak
ALL
ALI 06
2.30-4.30 PM
4.1.2012
ACS 4133
Plant Protection II
ALL
DABS
8.30-10.30 AM
5.1.2012
ACS 4213
Weed Science
1-14
AH 01
8.30-10.30 AM
9.1.2012
APS 4373
Biostatistik
8,9,10, 12, 13
ALI 01
2.30-5.30 PM
10.1.2012
ADS 3443
Cell Molecular Biology
ALL
ALI 01
8.30-11.00 AM

Bubur Asyura

Views










Hari nih aku sangat-sangat bersyukur sebab berpeluang merasai 'kepenatan' mengacau bubur asyura' di surau Tok Jembal..
bersama-sama dengan komuniti setempat yang sentiasa ramah..
I miss my home * sempat agi tuh





yela, suasana tuh macam kat tempat kenduri rumah aku kot...
serius rindu kat kampung halaman
by the way, sape pernah makan bubur asyura versi pantai timur??
angkat tangan mcm ni

semangat beno ko tijah!




sejujurnya, aku xpernah agi makan versi selain utara
FYI, lain tempat lain penyediaannya.
tapi, bukanlah niat aku hari nih nak berkongsi resepi ke apa ke
aku pun bukannya jadi tukang masak tadi..
sekadar menolong berbasa-basi
nanti kang dituduh anak dara pemalas..

This is too much! Aargh@#$%%%




Haha, joking la XD
ikhlas nih tolong *wink wink
setakat mayang bawang
tolong kucai bubur asyura sket2 je
Yang aku taw, mak cik2 tuh ada letak ikan, ayam, ubi keledek, rempah-ratus.. dan bermacam-macam ramuan lagi la
compared ngan utara, style ni agak berbeza bilamana ramuan yang dicampur adalah kacang, jagung dan selebihnya pkir sendiri..
aku xtaw.. hehe





tapi seronok sebab dapat bergaul dengan masyarakat setempat
plus, dapat jumpa kawan baru
tapi, aku x berkenalan pun dengan diorang
senyum pun jadi la kot kan :)
Bukan senang kan nak buat bubur asyura tuh
sape kata senang.. lepas nih buat la
aku cabar! 





Haha
Ikut korang la nak buat ke x
Kalu sendiri x nk try, sampai bila2 la xkan alaminya kan?
Ok2


Aku harap lepas nih aku akan rajin2 masuk dapur tolong mak tok masak kat umah

Yeah, Yayah nak berubah la.. Hahaha




Oh, well... aku memang PEMALAS!
*pengakuan berani mati
buat anak dara yamg muda trang tang-tang macam aku ni, sila rajin2kan diri masuk dapur utk masak, bukan makan je ye.. ^^

p/s Bubur asyura ni sempena awal Muharram.. beza taw dengan bubur lambuk.. Bubur lambuk selalunya orang buat waktu bulan puasa.. tapi selalunya, bila nak sediakan bubur nih, orang kampung akan bergotong-royong menyediakannya.. Seronok wooo


abes pun XD




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Early Enrollment SEAT SALE - Ends Tomorrow!